Seperti yang sedia diketahui, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx kelak akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk kebolehan untuk log masuk menggunakan identiti yang sama, serta juga Ubuntu One Music yang mana dikatakan akan menyerupai iTunes pada Apple, membolehkan para pengguna membeli lagu dan muzik dengan mudah secara terus daripadanya.

Ubuntu One Music [via]
Dalam Ubuntu 10.04 versi pembangunan yang terkini, ianya sudah pun mula kelihatan yang mana Ubuntu One Music sudah diintegrasikan pada sistem operasi tersebut, yang mana boleh diakses secara terus daripada Software Center yang serba baru. Beberapa ura-ura mengatakan yang mana Canonical akan bekerjasama bersama Amazon untuk menyediakan pilihan lagu untuk para pengguna, membolehkan para pengguna memuat-turun lagu secara terus ke komputer mereka dengan mudah.




waa..
xsabar nak tunggu pelepasan Lucid Lynx
=)