VideoLan Media Player kini sememangnya menjadi antara pemain media yang diminati ramai. Selain daripada projek terbaru mereka, iaitu VideoLan Video Editor, mereka juga kini dalam proses pembangunan VLC 1.1 yang mana bakal membawakan fungsi baru, iaitu kebolehan untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga melalui extension.

Contoh Extension Pada VLC Media Player [via]
Untuk pembinaan extension untuk VLC ini, para pembangun perlu menggunakan bahasa pengaturcaraan Lua, yang mana serba ringan dan diintegrasikan bersama VLC Media Player. Melaluinya, para pengguna boleh mengubah-suai dan menjadikan pemain media VLC lebih memenuhi citarasa mereka, dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mereka.
Buat masa ini, ianya masih lagi dalam pembangunan, dan bagi para pengguna yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri. Ianya masih belum diketahui bilakah VLC 1.1 akan dilepaskan kepada umum.




best..best…