Walaupun pelayar web Opera 10.50 sudah dilepaskan untuk sistem operasi Windows dan juga Mac OS X, para pengguna Linux masih lagi belum berkesempatan menggunakannya lagi. Namun begitu, ianya bakal berubah tidak lama lagi, memandangkan para pengguna Linux sudah boleh mencuba versi pembangunan Opera 10.51. Sehingga kini, pengguna Linux masih lagi belum berpeluang untuk mencuba enjin Carakan daripada Opear itu lagi.
Umum semestinya sedia maklum yang mana kini Mozilla sedang giat membangunkan Firefox 4.0 yang mana dijangka akan menemui para pengguna pada penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, hari ini, Mozilla mengesahkan yang mana Firefox 3.0 milik mereka telah pun mencapai penhujung nyawanya, dan tidak lagi akan disokong selepas ini selepas versi akhirnya, Firefox 3.0.19.
Mungkin umum sudah sedia ketahui yang mana Ubuntu 10.04 LTS bakal didatangkan dengan antaramuka yang serba baru dan menarik. Versi beta Ubuntu 10.04 LTS yang baru dilepaskan pada 13 Mac lepas membawakan buat kali pertamanya antaramuka sistem operasi sumber terbuka yang baru kepada para pengguna, termasuk dari segi tema, skrin boot, skrin log masuk dan logo untuk sistem operasi tersebut.
Selepas sekian lama dinanti, pihak pembangun Fedora telah pun membawakan versi pembangunan pertama untuk Fedora 13 “Goddard”, sekaligus merupakan langkah pertama untuk sistem operasi Fedora 13 yang mana bakal dilepaskan tidak lama lagi. Sebelum ini, Alpha pertama untuk Fedora 13 terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.






