Carakan Tiba Untuk Pengguna Linux Melalui Opera 10.51

Walaupun pelayar web Opera 10.50 sudah dilepaskan untuk sistem operasi Windows dan juga Mac OS X, para pengguna Linux masih lagi belum berkesempatan menggunakannya lagi. Namun begitu, ianya bakal berubah tidak lama lagi, memandangkan para pengguna Linux sudah boleh mencuba versi pembangunan Opera 10.51. Sehingga kini, pengguna Linux masih lagi belum berpeluang untuk mencuba enjin Carakan daripada Opear itu lagi.

Enjin Carakan membawakan kelajuan membaca JavaScript yang amat membanggakan sehingga Opera mengatakan yang mana Opera 10.50 merupakan pelayar web yang paling terpantas sekali di dunia setelah menggunakan enjin tersebut. Kini, para pengguna Linux boleh mencuba enjin serba baru itu melalui Opera 10.51 Build 6252 yang mana masih lagi dalam peringkat Alpha.

Melalui Opera 10.51 Alpha ini, Opera membawakan pelbagai perkara menarik kepada para pengguna Linux, termasuk antaramuka yang diperbaiki dan kelihatan amat menarik sekali pada Linux. Selain daripada itu, Opera 10.51 Alpha juga kelihatan amat pantas sekali, sekaligus meninggalkan Chrome 5.0.356.2 jauh sekali.

1 Komen

  1. lnux says:

    aku tak peduli laju atau tidak “Enjin Carakan” ni. Yg penting selesaikan masalah memori leak dalam opera 10.10

Tinggalkan Komen