Selepas sekian lama dinanti, pihak pembangun Fedora telah pun membawakan versi pembangunan pertama untuk Fedora 13 “Goddard”, sekaligus merupakan langkah pertama untuk sistem operasi Fedora 13 yang mana bakal dilepaskan tidak lama lagi. Sebelum ini, Alpha pertama untuk Fedora 13 terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Walaubagaimanapun, pihak pembangun Fedora berjaya menampilkan alpha pertama sistem operasi mereka yang terbaru, beserta dengan pelbagai fungsi baru dan kemaskini pelbagai aplikasi untuk sistem operasi mereka. Fokus utama Fedora 13 kini merupakan kemudahan penggunaan sistem operasi mereka, yang mana kini didatangkan bersama-sama dengan driver untuk printer secara automatik, beserta dengan sokongan pelbagai bahasa, sekaligus menjimatkan masa para pengguna.
Beberapa perkara baru pada Fedora 13 adalah termasuk:
- Kernel Linux 2.6.32.
- KDE SC 4.4
- Mozilla Firefox 3.6 – Pelayar web terkini daripada pihak pembangun Mozilla.
- Sokongan Python 3
- Sokongan webcam
- ..dan pelbagai perkara menarik lagi.
Para pengguna yang berminat boleh mencuba versi Alpha Fedora 13 ini, namun perlulah diketahui yang mana ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan banyak lagi masalah yang masih belum lagi dikenalpasti oleh pihak pembangun. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu komputer di rumah, anda boleh mencubanya serta mendalami lagi Fedora 13 Goddard. Fedora 13 dijangka akan dilepaskan pada 11 Mei 2010.



Tiada Komen