Setelah mengumumkan yang mana Nokia Maemo dan juga Intel Moblin yang bakal diintegrasikan bersama menjadi MeeGo sebelum ini, kini proses pembangunan untuk MeeGo kelihatan berlaku dengan amat drastik, di mana pihak pembangunnya menjangkakan yang mana sumber untuk MeeGo akan berada di internet seawal penhujung bulan ini untuk Intel Atom dan juga Nokia N900.
Melalui artikel blog terkini pada laman MeeGo, ianya dikatakan yang mana proses pemilihan teknologi untuk MeeGo masih lagi sedang berterusan, dimana sebelum ini dikatakan yang mana MeeGo akan menggunakan toolkit Qt dan juga RPM packaging. Walaubagaimanapun, ianya dijangka yang mana para pembangun MeeGo akan mendapat pengumuman berkenaan dengan pilihan teknologi dalam beberapa hari lagi.
Sebelum ini, Intel dan Nokia mengumumkan kerjasama membangunkan MeeGo, dimana melaluinya, kedua-dua sistem operasi popular, Moblin dan Maemo akan digabung menjadi satu, dan dibangunkan dibawah lesen sumber terbuka yang sama, selain boleh digunakan pada pelbagai peralatan dan gajet dengan mudah.




alamak… napa tak guna .deb package….. rpm tak best
[...] secara rasminya MeeGo 1.0 yang mana merupakan kesatuan dibawah Linux Foundation daripada gabungan platform Moblin daripada Intel dan juga platform Maemo daripada Nokia. Sama seperti distro Linux yang lain, MeeGo 1.0 membawakan kernel Linux [...]