Seperti sedia maklum, Ubuntu 10.04 bakal membawakan pelbagai perkara baru, daripada Ubuntu One Music, sehinggalah sokongan untuk jangka masa panjang. Selain daripada itu, menariknya, hari ini Mark Shuttleworth dan juga pihak Canonical telah pun mempersembahkan penjenamaan baru bagi Ubuntu, beserta juga antaramuka dan rekabentuk desktop yang serba baru bagi Ubuntu 10.04 LTS yang bakal dilepaskan pada bulan April kelak.

Ubuntu 10.04 LTS Bakal Membawakan Skrin Boot Baru
Ubuntu 10.04 LTS tidak lagi akan menggunakan tema Human seperti sebelumnya, tetapi akan membawakan tema baru yang dipanggil sebagai Light. Tema baru ini juga akan diaplikasikan pada Kubuntu dan juga Xubuntu. Buat masa ini, dua tema baru telah diperlihatkan yang mana satu daripadanya menggunakan warna yang gelap, manakala lagi satu adalah sebaliknya. Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkenaan yang mana akan menjadi tema utam bagi Ubuntu 10.04 kelak.

Ubuntu 10.04 Bakal Membawakan Tema Baru

Ubuntu 10.04 Bakal Membawakan Tema Baru
Buat masa ini, Ubuntu 10.04 LTS telah pun mencapai fasa Alpha, dan fasa Beta akan bermula daripada minggu depan. Mungkin Ubuntu 10.04 LTS Beta kelak akan mengintegrasikan tema baru ini, dan mungkin juga tidak. Ubuntu 10.04 LTS dijangka akan dilepaskan pada penghujung bulan April tahun ini. Sama-sama kita nanti akannya.




hmmm…….. suka boot splash nye. Tapi saya mharapkan design mereka lain daripada yang lain. LL nye desktop design macam ade iras Mac osx. But i still love it.
terima kasih aman for sharing this info.
perasan gak yang butang navigasi dah berpindah ke kiri..
tak mentukarkan ke?
p/s aku menggunakn tema mac4lin, tak de masalah sbb dah biasa :p
xsabaq nak mencuba nie…
tunggu stabel version dulu lah….
macam best je kan?
sangat menarik..
kurang 2purnama saje lagi.
hmm. camne boleh tukar clos-min-max button tu kepada kiri?