Mozilla Meneruskan Ujian Ke Atas Enjin Gecko 1.9.3 Alpha

Mozilla teruskan pembangunan pelayar web generasi masa depan mereka, dimana kini mereka sudah mencapai Firefox 3.7 Alpha 3 yang mana merupakan versi pembangunan bagi Firefox 4.0 bertujuan untuk menguji enjin Gecko 1.9.3 yang baru yang memperkenalkan beberapa perubahan dan fungsi yang baru.

Versi pembangunan untuk Firefox 4.0 ini membawakan versi alpha paling baru bagi enjin Gecko yang mana memperkenalkan fungsi eksperimental sokongan Direct2D untuk Windows 7 dan Vista, serta memperkenalkan beberapa penambah-baikkan untuk API JavaScript. Selain daripada itu, ianya juga membawakan kestabilan yang lebih dipertingkatkan, selain penambah-baikkan bagi plugin multi-proses.

Sebelum ini ianya telah dimaklumkan oleh Mozilla yang mana mereka akan melangkah versi Firefox 3.7 dan terus ke Firefox 4.0 yang mana akan memperkenalkan pelbagai perkara baru, serta membawakan antaramuka pelayar web yang serba baru untuk Windows dan juga Linux. Bagi para pengguna yang ingin menguji enjin Gecko 1.9.3 Alpha ini, anda boleh memuat-turun Firefox 3.7 Alpha 3 untuk Windows, Linux ataupun Mac OS X dan mengujinya sendiri.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen