Kod MeeGo Pertama Seawal Penghujung Bulan Mac Ini

Setelah mengumumkan yang mana Nokia Maemo dan juga Intel Moblin yang bakal diintegrasikan bersama menjadi MeeGo sebelum ini, kini proses pembangunan untuk MeeGo kelihatan berlaku dengan amat drastik, di mana pihak pembangunnya menjangkakan yang mana sumber untuk MeeGo akan berada di internet seawal penhujung bulan ini untuk Intel Atom dan juga Nokia N900.

Lucid Lynx Bakal Membawakan Tema GTK Baru

Seperti sedia maklum, Ubuntu 10.04 bakal membawakan pelbagai perkara baru, daripada Ubuntu One Music, sehinggalah sokongan untuk jangka masa panjang. Selain daripada itu, menariknya, hari ini Mark Shuttleworth dan juga pihak Canonical telah pun mempersembahkan penjenamaan baru bagi Ubuntu, beserta juga antaramuka dan rekabentuk desktop yang serba baru bagi Ubuntu 10.04 LTS yang bakal dilepaskan pada bulan April kelak.