Umum semestinya sedia maklum yang mana kini Mozilla sedang giat membangunkan Firefox 4.0 yang mana dijangka akan menemui para pengguna pada penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, hari ini, Mozilla mengesahkan yang mana Firefox 3.0 milik mereka telah pun mencapai penhujung nyawanya, dan tidak lagi akan disokong selepas ini selepas versi akhirnya, Firefox 3.0.19.
Firefox 3.0 dilepaskan oleh Mozilla pada Jun 2008 yang mana membawakan enjin Gecko yang dikemaskini serta peningkatan sekuriti dan antaramukanya. Ianya juga merupakan pelayar web versi pertama daripada Mozilla yang diintegrasikan secara penuh pada Mac OS X serta menyokong bookmark dan juga pengurus muat-turun.
Buat masa ini, Mozilla diperkatakan sedang membangunkan Firefox 3.5.9 dan juga kemaskini kepada pelayar web Firefox 3.6, iaitu 3.6.2. Selain pada itu, mereka juga sedang menguji enjin Gecko mereka yang terkini melalui Firefox 3.7 Alpha. Firefox 4.0 dijangka bakal menggunakan enjin Gecko yang terbaru, dan bakal membawakan pelbagai fungsi dan antaramuka yang baru, dan dijangka akan dilepaskan kepada umum pada penghujung tahun ini.


Tiada Komen