Ubuntu 10.04 Lucid Lynx LTS Sedia Di Gunakan

Skrin Boot

Setelah melalui pelbagai fasa pembangunan, iaitu sehingga tiga versi alpha, dua versi beta dan terakhir sekali, fasa release candidate, kini secara rasminya, Ubuntu 10.04 Lucis Lynx LTS sudah sedia dimuat-turun dan digunakan oleh kesemua pengguna Ubuntu seluruh dunia. Seperti yang diketahui, melalui versi LTS ataupun Long-Term Support, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx disokong sehingga 3 tahun bagi versi desktop, dan juga 5 tahun bagi versi server.

Lucid Lynx

Melalui Ubuntu 10.04 Lucid Lynx, Canonical menyertakan segala teknologi dunia sumber terbuka yang terkini padanya, termasuk persekitaran desktop GNOME 2.30, kernel Linux 2.6.32.11, antaramuka dan rekabentuk serba baru, Plymouth boot manager, Compiz Fusion 0.8.4 dan banyak lagi.

Lucid Lynx

Mungkin buat masa ini, ramai sudah sedia maklum, yang mana Ubuntu 10.04 membawakan tema yang serba baru, menyerupai sedikit seperti Mac OS X. Ubuntu 10.04 membawakan dua versi tema baru, iaitu versi gelap dan cerah yang mana kedua-duanya memperkenalkan fungsi butang tetingkap seperti Mac dimana diperlihatkan disebelah kiri. Pada masa yang sama, sebanyak lebih 15 wallpaper baru diperkenalkan pada Ubuntu Lucid Lynx.

Masa boot pada sistem operasi Ubuntu juga kini tampak lebih pantas, dengan skrin boot-splash yang baru, serta skrin log masuk yang kelihatan menarik sekali. Kini, skrin boot digantikan daripada penggunaan USplash, kepada Plymouth yang kelihatan lebih menarik lagi.

Halaman Carian Yahoo

Beberapa fungsi baru yang diperkenalkan termasuklah Ubuntu One Music Store yang membolehkan anda membeli lagu dan mp3 dengan mudah, beserta dengan Ubuntu Software Center yang memperlihatkan keterangan perisian dan aplikasi dengan lebih baik, serta pengurusan aplikasi dengan mudah lagi.

Sokongan MP3 didatangkan dimana anda boleh memasangnya dengan semudah membuka aplikasi pemain muzik Rhthmbox. Anda juga boleh menulis blog dengan mudah sekarang dengan aplikasi Gwibber yang serba baru. Selain daripada itu, Ubuntu juga membawakan aplikasi PiTiVi untuk memudahkan anda mengedit fail video dengan mudah.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Ubuntu 10.04 menggunakan Yahoo! sebagai enjin carian rasmi mereka, namun begitu, anda boleh mengubahnya dengan mudah melalui tetapan pada pelayar web.

Selain daripada Ubuntu, beberapa distro yang berasaskan Ubuntu juga dilepaskan semalam, iaitu Kubuntu, Xubuntu, Edubuntu, Mythbuntu, dan juga Ubuntu Netbook Remix, dimana versi 10.04 Lucid Lynx bagi setiap variasi sudah sedia dimuat-turun di laman-laman mereka.

4 Komen

  1. [...] sehingga 15 wallpaper baru, serta skrin log masuk dan boot-splash yang serba baru dan menarik. LinuxMalaya menulis dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan pelancaran Ubuntu 10.04 yang baru ini, dan sekiranya anda merupakan pengguna Linux atau Ubuntu yang baru, anda boleh [...]

  2. xun says:

    menarik sangat! but, laptop aku dh xde ruang lebih untuk install mende alah ni natively. T___T

  3. didir says:

    mantap… salam dari ubuntero indonesia

  4. fadhirul says:

    mmg best..aku bru pas install..
    cun giler..
    rugi sape yg xcube ubuntu nie..

Tinggalkan Komen