Sebelum ini, kita sedia ketahui yang mana VideoLan sedang dalam proses membangunkan aplikasi untuk edit fail video yang dipanggil VideoLan Movie Creator (VLMC). Menariknya, kini aplikasi tersebut sudah boleh diuji dalam bentuk pra-alpha pada sistem operasi Windows dengan mudah, dan ianya kelihatan amat menarik sekali.

Antaramuka Aplikasi VideoLan Movie Creator [via]
Buat masa ini, dalam peringkat pra-alpha ini, pengguna masih lagi lagi tidak boleh mengimport beberapa jenis fail yang mana masih lagi tidak disokong buat masa ini, selain tidak boleh simpan fail dalam bentuk .avi ataupun .mpg. Fungsi transcode juga ditutup secara asasnya.
Walaibagaimanapun, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ianya perlu melalui pelbagai fasa lagi, dan akan memperkenalkan pelbagai fungsi menarik lagi. Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba versi pra-alpha VLMC hari ini.




fungsi dia sama dengan movie maker ke?