Seperti yang dinantikan, Google telah pun melepaskan secara rasminya Android 2.2 Froyo pada Google I/O beberapa hari yang lepas. Melalui Android 2.2, ianya menjanjikan kelajuan sistem yang dipertingkatkan, Android Market yang serba baru, dan halaman utama dengan sedikit perubahan.
Android 2.2 didatangkan dengan sokongan pelbagai bahasa, dimana anda boleh menukar bahasa dengan mudah, dengan hanya swap pada bahagian sidebar. Selain daripada itu, beberapa penambah-baikkan juga turut dibawakan oleh pelayar web terbina pada Android 2.2, dengan enjin V8 yang baru, membolehkan laman yang penuh dengan JavaScript dibuka dengan lebih pantas.
Selain daripada itu, prestasi keseluruhan Android dikatakan meningkat antara 2 hingga 5 kali ganda berbanding dengan Android 2.1, selain penggunaan memori yang lebih bagus berbanding dahulu.



mana cerita pasal MeeGo v1.0 netbook….
[...] Android 2.2 Froyo Kini Lebih Pantas [...]