Android Gingerbread Seawal Penghujung Tahun Ini

Android merupakan antara sistem operasi mudah-alih yang sering menerima perkara baru dari masa ke semasa. Setelah kini, Froyo dijangkakan akan diperkenalkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada Google I/O 2010 yang kini sedang berlangsung, beberapa info awal memperlihatkan versi Android seterusnya, Gingerbread akan dilepaskan seawal suku keempat tahun ini.

Buat masa ini, data-data dan informasi berkenaan dengan Gingerbread masih lagi samar-samar, dan ianya dipastikan yang mana ianya akan menyokong sepenuhnya WebM dan VP8 apabila dilepaskan kelak. Ianya masih lagi tidak diketahui sama ada Android Gingerbread akan menggunakan angka kod 2.x ataupun terus lompat kepada Android 3.0.

Telefon pintar yang menggunakan Android kini dilihat sudah banyak terdapat di pasaran, malah di Malaysia sahaja, baru-baru ini, Maxis telah membawa masuk 5 telefon pintar Android, selain dijangka akan membawa masuk HTC Desire pada minggu hadapan. iPhone juga dilihat sedikit terjejas, memandangkan telefon pintar Android boleh didapati pada harga yang lebih berpatutan.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen