Pada acara tahunan, Ubuntu Developer Summit yang diadakan di Brussels, Belgium kini, Mark Shuttleworth, iaitu bekas CEO Canonical memperkenalkan antaramuka dan pengalaman desktop baru yang dipanggil sebagai Unity dan sebuah versi ringan Ubuntu yang dioptimasikan khas untuk sistem yang menggunakan dual-boot.
Sama seperti apa yang diperkatakan oleh Google melalui Chrome OS, Mark Shuttleworth turut memperkatakan perkara yang sama, iaitu sesuatu komputer itu bukan dilihat dari segi masa kepantasan ianya boot, tetapi sebaliknya, sepantas manakah anda boleh mencapai sambungan internet, dan melayari laman web.

Antaramuka Ubuntu Light
Melalui Unity, ianya memperkenalkan antaramuka yang menggunakan paparan skrin secara maksimum, selain menggunakan prestasi komputer yang kurang berbanding persekitaran desktop biaa. Ianya lebih ditujukan khas untuk pengguna Netbook. Segala aplikasi juga dipaparkan dibahagian kiri desktop, membolehkan para pengguna mengakses aplikasi dengan pantas dan mudah.

Chrome Pada Ubuntu Light
Sebaliknya, Ubuntu Light pula merupakan sebuah perkara baru daripada Canonical yang mana melaluinya, mereka berharap agar OEM boleh menyediakan kebolehan dual-boot Linux bersama-sama dengan komputer yang dijual mereka. Menariknya, Ubuntu Light akan diubah-suai mengikut spesifikasi hardware sesuatu OEM, dalam memberikan pengalam pengguna yang maksimum.


Untuk netbooks pun bagus jugak ni. Lagi laju bila on laptop.
[...] anda perasan pada paparan skrin untuk Ubuntu Light yang diperlihatkan Canonical pada awal minggu ini, mungkin anda perasan akan ikon Chromium pada [...]