Chromium Sebagai Ganti Firefox Pada Ubuntu?

Sekiranya anda perasan pada paparan skrin untuk Ubuntu Light yang diperlihatkan Canonical pada awal minggu ini, mungkin anda perasan akan ikon Chromium pada paparan skrin mereka yang mengantikan Firefox. Berdasarkan daripada itu, kini beberapa laporan mengura-urakan yang mana Canonical dijangka akan mengantikan Firefox dengan Chromium pada versi distro yang seterusnya.

Setelah berfungsi sebagai aplikasi utama untuk Ubuntu untuk suatu masa yang agak lama, kini ianya dikatakan berkemungkinan besar, ianya akan digantikan pada Ubuntu 10.10, dan berkemungkinan besar, perubahan ini hanyalah untuk pengguna versi netbook sahaja dan bukannya semua.

Ubuntu Light

Kini, pembangun Ubuntu sedang mengambil kira beberapa aplikasi sebagai ganti kepada Firefoxm termasuk Chromium dan juga Midori. Ianya masih lagi dalam perbincangan buat masa ini, dan berkemungkinan besar aplikasi ganti ini akan diperlihatkan seawal alpha ketiga Ubuntu 10.10 kelak.

4 Komen

  1. noris says:

    Utk netbook remix most likely, utk normal rasenye belum lagi

  2. Syafrizal says:

    dah cuba tapi tak berapa stabil :(

  3. Kie-yu says:

    menarik! ilmu baru.
    nak cuba lah~

  4. MASOKIS says:

    Wow.. nice, firefox punya logo bukan GNU kan… :D

Tinggalkan Komen