Tinggal hanya beberapa hari lagi untuk Fedora 13 dilepaskan kepada umum, iaitu pada 18 Mei 2010m dan kini pembangun Fedora telah pun menentukan nama bagi versi Fedora yang seterunya, iaitu Fedora 14 – Laughlin. Sebelum ini, Fedora 13 dikenali dengan nama Goddard.
Menariknya, kedua-dua Goddard dan juga Laughlin berkait secara rapat dengan ahli fizik, dan menariknya, Fedora 14 dinamakan sempena dengan salah seorang profesor di Standford University yang mana masih lagi hidup sehingga kini, iaitu Robert B Laughlin. Beliau sebelum ini pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel untuk kajian yang pernah dilakukan oleh beliau.
Antara nama lain yang turut menjadi pilihan untuk Fedora 14 adalah Laramie, Ventnor, Mitika, Hoppin dan juga Fytnargin. Namun begitu, nama Laughlin menjadi pilihan untuk Fedora 14 kelak. Para peminat Fedora kini sudah boleh memuat-turun Fedora 13 RC dan Fedora 13 – “Goddard” versi penuh dijangka akan dilepakan pada 18 Mei kelak.



Tiada Komen