Intel Dan Nokia Melancarkan MeeGo 1.0

Setelah sekian lama dinantikan, Intel dan Nokia kini melancarkan secara rasminya MeeGo 1.0 yang mana merupakan kesatuan dibawah Linux Foundation daripada gabungan platform Moblin daripada Intel dan juga platform Maemo daripada Nokia. Sama seperti distro Linux yang lain, MeeGo 1.0 membawakan kernel Linux 2.6.33.

MeeGo 1.0
Antaramuka MeeGo 1.0

Ianya juga membawakan sokongan sistem fail Btrfs, X.org, Qt 4.6, sokongan Bluetooth dan pelbagai perkara menarik yang lain, sekaligus menawarkan persekitaran desktop yang menarik untuk pengguna netbook.

MeeGo juga membawakan pelayar web Google Chrome, dan anda juga boleh menukarkannya kepada Chromium dengan mudah. Dengan adanya Chrome, Adobe Flash juga turut disertakan sekali bersamanya. Versi mudah-alih MeeGo, iaitu MeeGo Handset dijangka akan dilepaskan pada bulan Jun kelak, dan dijangka akan mengintegrasikan Fennec daripada Mozilla.

Aplikasi menarik untuk emel, kalendar dan juga pemain media turut disertakan pada MeeGo Netbook, selain menyokong sehingga lebih daripada 16 bahasa berlainan. Para pengguna boleh memuat-turunnya dan mencubanya pada netbook masing-masing, dimana dua variasi diperkenalkan, satu bersama Google Chrome (beserta Adobe Flash) dan satu lagi tanpanya.

4 Komen

  1. melayubuntu says:

    nsib baik xde netbook…klu x ntah brape boot aku bantai..hahhahha

  2. mrkaizer says:

    haha…ni buat aku nk install meego dlm netbook aku ni..3g dia support gakkn..

  3. [...] memperkenalkan MeeGo untuk netbook, kini pembangunnya sedang mengujinya pada tablet, dan kini MeeGo untuk tablet sudah pun mencapai [...]

Tinggalkan Komen