Linux Mint 9 “Isadora” Sedia Di Muat-Turun

Selain daripada Ubuntu dan Fedora, Linux Mint merupakan antara distro Linux yang popular. Terkini, Linux Mint 9 yang berasaskan Ubuntu telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya, yang mana menggunakan nama kod Isadora. Pelbagai perkara baru dibawakan oleh Linux Mint 9, termasuk sokongan memainkan DVD, Java dan juga beberapa sokongan media dan sebagainya.

Linux Mint 9
Antaramuka Desktop Linux Mint 9

Seperti yang diketahui, Linux Mint dibangunkan berdasarkan Ubuntu, dan Linux Mint 9 menggunakan Ubuntu 10.04 Lucid Lynx sebagai asasnya, yang mana membawakan kernel Linux 2.6.32 dan persekitaran desktop GNOME 2.30.

Linux Mint Menu kini membolehkan beberapa perkara tambahan, termasuk kebolehan untuk mengubah nama aplikasi dan juga ikon, serta beberapa pilihan berkaitan dengan panel dan desktop. Linux Mint 9 boleh dimuat-turun dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit, dan sekiranya anda telah sedia mempunyai Linux Mint terpasang, anda boleh mengemas-kininya dengan mudah.

2 Komen

  1. Syafrizal says:

    waduh waduh Linux Mint makin canggih dan lawa hehe

  2. Anarm says:

    rasa macam nk try je.. smart seh..

Tinggalkan Komen