Buat masa ini, mungkin ramai yang sudah mengenali akan distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun Malaysia, iaitu Oshirix. Menariknya, sama seperti Ubuntu, pembangun disebalik Oshirix juga kini membawakan sebuah manual ringkas yang berkait dengan Oshirix.
Melalui manual tersebut, ianya menyediakan panduan asas kepada para pengguna baru yang berminat untuk menggunakan GNU/Linux Oshirix terutama mereka yang ingin menjadikan GNU/Linu Oshirix sebagai sistem operasi utama pada komputer mereka, atau ingin menggunakannya secara bersaa dengan sistem operasi lain melalui penggunaan dual-boot.
Melaluinya, kebanyakkan perkara utama diterangkan secara ringkas dan padat melalui manual ringkas yang setebal lebih kurang 45 helaian termasuk halaman utama. Para pengguna boleh mengikutinya secara terus melalui dalam talian melalui laman Scribd dan memuat-turunnya melalui laman tersebut dan menjadikannya sebuah informasi berguna di komputer anda.


[...] Manual OshiriX telah pun di lepaskan dan telah direview kat linuxmalaya. Thanks Linuxmalaya . Satu lagi tempat nak download file pdf tersebut adalah kat hosting [...]
Nice… TQ Linuxmalaysia… pasal bagi sokongan