Sekiranya anda perasan pada paparan skrin untuk Ubuntu Light yang diperlihatkan Canonical pada awal minggu ini, mungkin anda perasan akan ikon Chromium pada paparan skrin mereka yang mengantikan Firefox. Berdasarkan daripada itu, kini beberapa laporan mengura-urakan yang mana Canonical dijangka akan mengantikan Firefox dengan Chromium pada versi distro yang seterusnya.
Pada acara tahunan, Ubuntu Developer Summit yang diadakan di Brussels, Belgium kini, Mark Shuttleworth, iaitu bekas CEO Canonical memperkenalkan antaramuka dan pengalaman desktop baru yang dipanggil sebagai Unity dan sebuah versi ringan Ubuntu yang dioptimasikan khas untuk sistem yang menggunakan dual-boot yang dipanggil Ubuntu Light.
Buat masa ini, mungkin ramai yang sudah mengenali akan distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun Malaysia, iaitu Oshirix. Menariknya, sama seperti Ubuntu, pembangun disebalik Oshirix juga kini membawakan sebuah manual ringkas yang berkait dengan Oshirix.





