Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Google telah pun melesenkan codec multimedia mereka, VP8 dibawah lesen sumber terbuka, sebagai sebahagian daripada projek WebM. Melaluinya, beberapa pembangun pelayar web, termasuk Google, Mozilla dan Opera bergabung sebagai alternatif kepada penggunaan codec H.264.
Pada masa yang sama, Ogg Theora juga disenaraikan sebagai penyokong WebM, selain daripada Adobe, Skype, NVIDIA dan beberapa syarikat yang lain lagi. Melalui projek WebM, codec VP8 akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk membangunkan sebuah format fail multimedia, iaitu video dan audio yang bebas royalti.
Buat masa ini, WebM diperkenalkan sebagai pra-lihat untuk para pembangun, dan ianya masih lagi belum selesai dioptimasikan untuk pengguna biasa. Menariknya, WebM telah pun disertakan dalam pembangunan pelayar web sebagai sebuah media yang boleh difahami oleh HTML5.
Beberapa versi pembangunan pelayar web telah pun menyertakan sokongan WebM padanya termasuk Mozilla melalui Firefox 3.7 Alpha, Google melalui Chrome 6.0.412.0 dan juga Opera melalui Opear 10.54 Build 21868.




[...] Gingerbread masih lagi samar-samar, dan ianya dipastikan yang mana ianya akan menyokong sepenuhnya WebM dan VP8 apabila dilepaskan kelak. Ianya masih lagi tidak diketahui sama ada Android Gingerbread [...]
[...] bantuan hardware. Pada masa yang sama, sokongan MKV HD juga dipertingkatkan, selain turut menyokong VP8 dan WebM yang mana baru sahaja diumumkan oleh Google tempoh [...]