HTC HD2 Dengan Ubuntu Di Perlihatkan

Selain daripada Android, Symbian dan juga MeeGo yang dibangunkan khas untuk telefon pintar, kini salah seorang pengguna HTC HD2 turut memperlihatkan penggunaan Ubuntu pada telefon HTC HD2 miliknya, sekaligus menunjukkan yang mana Ubuntu turut boleh dijalankan pada telefon pintar.

Siri-N Dari Nokia Akan Menggunapakai MeeGo

Nokia N8 akan menjadi telefon pintar terakhir daripada siri-N yang menggunapakai sistem operasi Symbian, dimana kini Nokia telah pun mengesahkan yang mana telefon pintar siri-N seterusnya akan mula menggunapakai sistem operasi MeeGo yang mana baru sahaja mencapai versi 1.0.

MeeGo Untuk Tablet Di Perlihatkan

Setelah memperkenalkan MeeGo untuk netbook, kini pembangunnya sedang mengujinya pada tablet, dan kini MeeGo untuk tablet sudah pun mencapai versi pra-alpha. Buat masa ini, pembangunnya memperlihatkan sebuah video khas dimana mereka menunjukkan MeeGo pada tablet.

VLC Media Player Kini Menyokong Extension

Setelah mengambil sedikit masa yang agak lama untuk mencapai versi 1.0, kini pembangunan pemain media sumber terbuka yang kian popular, VLC berjalan dengan lancar sekali. Hari ini, pembangun VLC telah pun mengumumkan VLC 1.1 yang mana membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik.

Jolicloud 1.0 Akan Membawa Sokongan Skrin Sentuh

Jikalau sebelum ini Ubuntu mengumumkan mereka tidak akan membangunkan Ubuntu untuk tablet buat masa ini, kini, Jolicloud yang popular dengan sistem operasi khas untuk netbook memperlihatkan Jolicloud dengan fungsi sokongan skrin sentuh, dan mungkin secara tidak langsung memperkatakan yang mana mereka akan menyokong tablet pada masa akan datang kelak.