Jolicloud 1.0 Akan Membawa Sokongan Skrin Sentuh

Jikalau sebelum ini Ubuntu mengumumkan mereka tidak akan membangunkan Ubuntu untuk tablet buat masa ini, kini, Jolicloud yang popular dengan sistem operasi khas untuk netbook memperlihatkan Jolicloud dengan fungsi sokongan skrin sentuh, dan mungkin secara tidak langsung memperkatakan yang mana mereka akan menyokong tablet pada masa akan datang kelak.

Melalui Jolicloud 1.0 yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, pihak pembangun mereka memperlihatkan kebolehan skrin sentuh dengan menggunakan Jolicloud. Pada masa yang sama, mereka juga memperlihatkan antaramuka baru yang menyokong HTML5.

Buat masa ini, masih tidak diketahui tarikh pasti berkenaan bilakah ianya akan diperkenalkan kepada umum. Sekiranya anda ingin mencuba sistem operasi Jolicloud yang dibangunkan untuk netbook ini, anda boleh memuat-turun versi beta Jolicloud sementara menunggu versi akhir yang akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi.

1 Komen

  1. [...] :- Linuxmalaya.com Posted on June 16th 2010 in My Gadjet, My [...]

Tinggalkan Komen