Setelah memperkenalkan MeeGo untuk netbook, kini pembangunnya sedang mengujinya pada tablet, dan kini MeeGo untuk tablet sudah pun mencapai versi pra-alpha. Buat masa ini, pembangunnya memperlihatkan sebuah video khas dimana mereka menunjukkan MeeGo pada tablet.
Dalam jangkaan pembangun, MeeGo untuk tablet akan menemui pengguna pada penghujung tahun ini. Melalui MeeGo untuk tablet, para pengguna boleh bernavigasi pada sistem operasinya melalui dua cara, satu secara aplikasi, ataupun secara kandungan.
Berkemungkinan besar juga, Nokia bersama-sama dengan Intel mungkin akan melancarkan tablet mereka pada penghujung tahun ini bersama-sama dengan sistem operasi MeeGo ini. Melalui apa yang diperlihatkan pada video, ianya kelihatan amat menarik sekali, dan sekiranya dijual pada harga berpatutan, ianya bakal menjadi salah satu produk yang akan mendapat perhatian para pengguna seluruh dunia.



[...] mengguna-pakai sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan bersama oleh Nokia dan Intel, iaitu sistem operasi MeeGo. Tablet WeTab yang menggunakan platform MeeGo ini dijangka akan mula dijual di pasaran antarabangsa [...]