Siri-N Dari Nokia Akan Menggunapakai MeeGo

Nokia N8 akan menjadi telefon pintar terakhir daripada siri-N yang menggunapakai sistem operasi Symbian, dimana kini Nokia telah pun mengesahkan yang mana telefon pintar siri-N seterusnya akan mula menggunapakai sistem operasi MeeGo yang mana baru sahaja mencapai versi 1.0.

MeeGo adalah hasil daripada kerjasama antara Intel dan juga Nokia dalam membangunkan suatu sistem operasi yang boleh diguna-pakai pada pelbagai jenis gajet, termasuk netbook, tablet dan juga telefon bimbit.

Buat masa ini, hanya N900 sahaja yang menyokong MeeGo, dimana N900 dijual dengan menggunakan sistem operasi Maemo. Bagi para pengguna yang inginkan MeeGo pada N900 mereka, versi 1.0 menyokong sepenuhnya telefon Nokia N900.

Walaubagaimanapun, Symbian akan terus dibangunkan dan digunakan pada telefon Nokia siri-C, siri-X dan lain-lain lagi, selain turut digunakan oleh pembangun telefon bimbit yang lain, termasuk Samsung dan juga Sony Ericsson.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen