VLC Media Player Kini Menyokong Extension

Setelah mengambil sedikit masa yang agak lama untuk mencapai versi 1.0, kini pembangunan pemain media sumber terbuka yang kian popular, VLC berjalan dengan lancar sekali. Hari ini, pembangun VLC telah pun mengumumkan VLC 1.1 yang mana membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik.

Melalui VLC Player daripada VideoLan ini, versi 1.1 membawakan sokongan hardware acceleration untuk sistem operasi Vista, Windows 7 dan juga Linux, membolehkan video dilihat pada kualiti yang lebih tinggi lagi dengan bantuan hardware. Pada masa yang sama, sokongan MKV HD juga dipertingkatkan, selain turut menyokong VP8 dan WebM yang mana baru sahaja diumumkan oleh Google tempoh hari.

Selain daripada itu, VLC 1.1 juga dikatakan membawakan peningkatan prestasi sehingga lebih 40% dengan dimana banyak kod-kod yang tidak berkaitan telah pun dibuang daripada perisian mereka.

Pada masa yang sama, VLC juga kini membawakan sokongan extension sama seperti yang terdapat ada Firefox dan Chrome, sekaligus membolehkan pembangun pihak ketiga mengintegrasikan aplikasi dan peisian mereka dengan mudah pada pemain media yang kian meningkat popularitinya kini.

Para pengguna sudah boleh memuat-turun ataupun mengemaskini pemain media VLC kepada versi terkini, dan memainkan pelbagai format-format media yang baru, selain menonton video dalam kualiti yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen