Jikalau sebelum ini, GNOME 3.0 dijadualkan untuk pelepasan pada bulan September 2010, kini ianya tidak lagi, apabila pihak pembangun GNOME hari ini mengumumkan yang mana GNOME 3.0 hanya akan dilepaskan pada bulan Mac 2011. Namun begitu, para pengguna boleh mula menguji GNOME 3.0 Beta mulai bulan September 2010 kelak.
Setelah dinantikan sekian lama, pihak Jolicloud kini telah pun mencapai versi 1.0 dimana para pengguna akan disajikan dengan kemaskini terkini untuk sistem operasi mereka mulai minggu ini. Menariknya, Jolicloud 1.0 membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan HTML5 pada sistem operasi mereka.
Setelah mengumumkan yang mana Nokia akan mula menggunakan sistem MeeGo pada telefon pintar siri-N keluaran mereka, kini video demo MeeGo pada telefon Nokia mula kelihatan di YouTube, selain pelbagai paparan antaramuka dan rekabentuk MeeGo pada telefon bimbit turut dipaparkan pada laman rasmi MeeGo.
Walaupun ramai lagi pengguna yang masih belum menerima kemaskini untuk Android 2.2 Froyo yang baru dilepaskan Google beberapa hari sebelum ini, kini pelbagai informasi dan ura-ura berkaitan dengan versi Android seterusnya sudah pun mula kelihatan di arena internet. Android versi seterusnya bakal mengguna-pakai nama kod Gingerbread dan angka kod Android 3.0.



