Walaupun ramai lagi pengguna yang masih belum menerima kemaskini untuk Android 2.2 Froyo yang baru dilepaskan Google beberapa hari sebelum ini, kini pelbagai informasi dan ura-ura berkaitan dengan versi Android seterusnya sudah pun mula kelihatan di arena internet. Android versi seterusnya bakal mengguna-pakai nama kod Gingerbread dan angka kod Android 3.0.
Android 3.0 ataupun yang mana dikenali dengan nama kod Gingerbread dikatakan akan dilepaskan kepada pengguna seawal bulan Oktober 2010 ini, dan telefon pintar baru dengan sistem Android 3.0 terbina dijangka akan menemui para pengguna seawal bulan November ataupun Disember tahun ini.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan versi sebelum ini, Android 3.0 Gingerbread dikatakan hanya menyokong telefon pintar Android dengan spesifikasi terkini sahaja, dimana menggunakan processor sekurang-kurangnya 1 GHz.
Pada masa yang sama, Android 3.0 akan memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru yang bakal memukau hati pengguna, disamping membawakan resolusi paparan yang amat tinggi, iaitu 1280×760. Melalui resolusi sebesar ini juga, ianya bukan lagi suatu masalah untuk memperkenalkan tablet dengan Android.




Tiada Komen