GNOME 3.0 Pada Bulan Mac 2011

Jikalau sebelum ini, GNOME 3.0 dijadualkan untuk pelepasan pada bulan September 2010, kini ianya tidak lagi, apabila pihak pembangun GNOME hari ini mengumumkan yang mana GNOME 3.0 hanya akan dilepaskan pada bulan Mac 2011. Namun begitu, para pengguna boleh mula menguji GNOME 3.0 Beta mulai bulan September 2010 kelak.

Pihak pembangun GNOME ingin membawakan sesuatu yang terbaik dengan pelbagai fungsi yang menarik untuk para pengguna melalui GNOME 3.0. Untuk memastikannya berjaya, pihak pembangun GNOME memanjangkan lagi pembangunan GNOME 3.0 yang dinantikan. Walaubagaimanapun, mereka tetap akan melepaskan versi baru GNOME pada bulan September kelak, iaitu GNOME 2.32 bersama-sama dengan GNOME 3.0.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen