Jolicloud 1.0 Mula Di Perkenalkan Kepada Pengguna Sedia Ada

Setelah dinantikan sekian lama, pihak Jolicloud kini telah pun mencapai versi 1.0 dimana para pengguna akan disajikan dengan kemaskini terkini untuk sistem operasi mereka mulai minggu ini. Menariknya, Jolicloud 1.0 membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan HTML5 pada sistem operasi mereka.

Jolicloud Splash
Skrin Splash Baru Pada Jolicloud 1.0

Melalui penggunaan HTML5, kini proses pemasangan dan membuang aplikasi menjadi lebih mudah, selain anda boleh sync akan tetapan Jolicloud anda dengan sebarang komputer lain yang menggunakan Jolicloud dengan amat mudah sekali.

Jolicloud Offline
Mesej Di Sampaikan Sekiranya Anda Di Luar Talian Selepas Log Masuk Ke Sistem

Pada masa yang sama, Jolicloud juga membawakan lebih 700 aplikasi menarik dan berguna secara percuma untuk para pengguna. Dan mengambil nama Cloud daripada jenamanya, Jolicloud mengutamakan konsep perkomputeran awan, dimana anda boleh menempatkan segala dokumen anda samaada di komputer, ataupun pada server seperti Box.net, Dropbox atau Drop.io dengan mudah sekali.

Jolicloud Sync
Sync Aplikasi Jolicloud Dengan Mudah

Buat masa ini, Jolicloud dalam proses memperkenalkan sistem operasi versi terkini mereka kepada pengguna sedia ada, dan pengguna baru dijangka akan dapat memuat-turun fail ISO Jolicloud tidak lama lagi.

1 Komen

  1. Q says:

    menarik. itu sahaja dapat dikatakan buat mase sekarang.

Tinggalkan Komen