Selepas memperkenalkan Android 2.1 Eclair dan Android 2.2 Froyo, selain dalam pembangunan Android Gingerbread yang dikatakan akan menggunakan angka versi 3.0, kini nama bagi versi akan datang sudah pun mula diperkatakan, iaitu Android Honeycomb.
Android Honeycomb dikatakan mungkin menggunakan angka versi Android 3.1 ataupun 3.2. Ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan dengan fungsi dan apakah yang akan dibawakan olehnya, memandangkan kini pihak pembangunnya sedang giat membangunkan Android Gingerbread.
Melalui Android Gingerbread, Google ingin membawakan suatu platform yang menyokong penuh tablet, selain diperkatakan akan membawakan antaramuka yang baru, selain sokongan kepada perantian dengan spesifikasi terkini. Gingerbread dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, ataupun awal tahun hadapan, diikuti oleh Honeycomb pada tahun hadapan.


ketinggalan betul aku dengan adroid ni..