OpenOffice.org 3.3 Beta Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Aplikasi pejabat sumber terbuka yang amat diminati ramai, OpenOffice.org kini sudah pun melepaskan versi beta pertama untuk versi akan datang mereka, iaitu OpenOffice.org 3.3. OpenOffice.org 3.3 yang kini disokong oleh Oracle dijangkakan akan menemui para pengguna menjelang penghujung tahun ini nanti.

Melalui beta pertama untuk OpenOffice.org 3.3 ini juga disertakan sekali antaramuka yang diberikan nafas baru, iaitu yang mana dibangunkan dibawah Projek Renaissance. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat pertama, dan banyak lagi perkara akan diperkenalkan oleh pihak OpenOffice.org dari masa ke semasa.

Pada masa yang sama, kini OpenOffice.org Writer membolehkan para pengguna untuk membuat perbandingan jadual apabila membuat perbandingan antara dokumen, selain OpenOffice.org Calc yang menyokong sehingga sejuta barisan.

OpenOffice.org 3.3 Beta ini boleh dimuat-turun secara percuma untuk Windows, Linux 32-bit, Linux 64-bit, Mac OS X, dan juga Solaris. Versi stabil terakhir OpenOffice.org adalah versi 3.2.1.

2 Komen

  1. confius says:

    minta tlg…. boleh ajar tak mcm mn nk download openoffice 3.3 ni utk linux 32-bit

  2. asrul amanda says:

    Aku harap sangat interface OpenOffice ditukar. Buruk gile..

Tinggalkan Komen