OpenSolaris Di Tamatkan Secara Rasminya

Mungkin bagi para peminat sumber-terbuka, mereka tidak begitu menyukai syarikat Orcale yang mana telah mengambil-alih Sun Microsystem, sekaligus membawakan pelbagai perubahan kepada dunia sumber terbuka. Selain daripada menyaman Google keatas penggunaan teknologi Java pada Android, terkini mereka juga telah menamatkan OpenSolaris secara rasminya.

Walaubagaimanapun, Solaris masih lagi berlesenkan sumber terbuka buat masa ini, dimana kod sumbernya akan dilepaskan selepas setiap versi baru dikeluarkan, namun begitu, pembangunan masih tidak akan dilakukan secara terbuka.

Perkara mengenai penghentian pembangunan OpenSolaris ini muncul apabila salah seorang pembangunnya, Steven Stallion memaparkan emel yang dihantar kepada para jurutera dibelakang Solaris.

Mungkin ramai yang tidak menyukai perkara ini, dan akan beralih kepada sistem operasi yang lain tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, para peminat Solaris masih boleh menggunakan sistem operasi yang berasaskan Solaris yang lain, seperti Nexenta dan yang lain-lain, disebabkan kod sumber Solaris yang masih akan dilepaskan kepada umum, walaupun sedikit lewat.

4 Komen

  1. M450K15 says:

    Uik.. patutlah… 0racle dah take over rupanya…

  2. mancai says:

    parah jugak kalau macam gini…

  3. [...] mendengar berita yang mana OpenSolaris tidak akan diteruskan oleh Oracle, kini komuniti disebaliknya mengambil langkah untuk meneruskan hidup sistem operasi OpenSolaris [...]

Tinggalkan Komen