Panggilan Video Dan Suara Pada GMail Kini Menyokong Linux

Setelah sekian lama dinantikan, kini para pengguna Linux sudah boleh menggunakan fungsi sembang suara dan video pada GMail. Buat masa ini, fungsi ini disokong pada Ubuntu dan lain-lain distro Linux yang berasaskan Debian. Sokongan RPM juga dikatakan akan disokong tidak lama lagi.

Untuk memulakan fungsi sembang suara dan video pada GMail, para pengguna hanya perlu memuat-turun plugin khas, dan memasangnya dengan mudah. Selepas itu, anda sudah boleh membuat panggilan suara dan video secara terus daripada akaun GMail anda. Menarik bukan?

Tiada Komen

Tinggalkan Komen