Mengejar tarikh pelancaran Ubuntu 10.10 pada bulan Oktober ini, kini, Canonical telah pun melepaskan versi pembangunan alpha ketiga untuk Ubuntu 10.10, yang mana menggunakan kernel Linux 2.6.35 serta membawakan persekitaran desktop GNOME 2.31. Ianya juga merupakan versi alpha terakhir sebelum versi beta pertama Ubuntu muncul.
Ubuntu 10.10 Alpha 3 juga membawakan sedikit perubahan pada Ubuntu Software Centre, selain pelbagai kemaskini kepada aplikasi yang disertakan bersama sistem operasi sumber terbuka tersebut, termasuk OpenOffice 3.2.1, Firefox 3.6.8, dan Transmission BitTorrent 2.03.
Seperti sedia maklum, ianya dinasihatkan yang mana versi alpha tidak sesuai untuk digunakan pada mesin utama. Namun begitu, anda masih boleh menguji Ubuntu 10.10 Alpha 3, melalui VirtualBox dan sebagainya.


Tiada Komen