Mengejar tarikh pelepasan untuk Ubuntu 10.10, kini pihak pembangunnya, Canonical telah pun memuat-naik tema dan wallpaper baru untuk Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat yang bakal dilepaskan pada bulan Oktober kelak. Melaluinya, kini Ubuntu 10.10 membawakan lebih 17 wallpaper yang baru, serta tema Ambiance yang diberikan nafas baru.

Tema Ambiance Di Berikan Nafas Baru [via]
Sekiranya anda sedia menggunakan Ubuntu, anda boleh memuat-turun tema dan wallpaper baru untuk Ubuntu 10.10 ini secara terus dari laman LaunchPad sekarang.
Ubuntu 10.10 dijangka akan dilepaskan pada 10 Oktober 2010, sekaligus menjadikannya sebagai versi sistem operasi Ubuntu yang ke-13. Antara perkara baru yang dijangka akan dibawakan adalah termasuk persekitaran desktop GNOME terkini, GNOME 2.32, kernel Linux 2.6.35, kemaskini kepada pelbagai aplikasi terbina dan banyak lagi. Beta Ubuntu 10.10 dijangka akan dilepaskan pada 2 September ini.


uit.. uit makin mantap laa
Ubuntu terus mantap,bila la rakyat Malaysia nak sedar dan buka mata ttg kelebihan Ubuntu dan dìstro2 Linux lain..masih snggup dibelenggu dgn Tetingkap…Berubahlah saudaraku!!
betul tu bro… linux semakin kehadapan.. window semakin tertekan