Sebelum ini, sekiranya anda ingin mengubah tema dan antaramuka pemasangan Linux anda untuk menyerupai antaramuka Mac OS X, semestinya anda akan mengguna-pakai Mac4Lin. Namun begitu, kini, khas untuk para pengguna Ubuntu, ianya diperkenalkan Macbuntu, iaitu salah satu pakej transformasi yang mengubah desktop anda kepada antaramuka Mac OS X dengan mudah.

Desktop Macbuntu [via]
Melalui Macbuntu, ianya membawakan kesemua komponen sistem yang diperlukan untuk mengubah Ubuntu Linux anda untuk menyerupai Mac OS X. Selain daripada Ubuntu Linux, ianya juga turut sama menyokong beberapa sistem operasi dan distro lain yang berasaskan Debian/GTK.

Animasi Serupa Seperti Mac OS X [via]
Buat masa ini, para pengguna boleh memuat-turun fail Macbuntu 10.04 yang bersaiz lebih kurang 24MB dan pasangnya pada Ubuntu Linux anda, sekaligus mengalami penggunaan Mac OS X terus daripada desktop Ubuntu anda.
Pemasangannya juga adalah amat mudah. Buka terminal pada Ubuntu Linux anda, dan seterusnya taip command berikut, dan anda sudah berjaya mengubah desktop anda menyerupai Mac OS X. Mudah bukan.
wget https://downloads.sourceforge.net/project/macbuntu/macbuntu-10.04/v2.0/Macbuntu-10.04.tar.gz -O /tmp/Macbuntu-10.04.tar.gz
tar xzvf /tmp/Macbuntu-10.04.tar.gz -C /tmp
cd /tmp/Macbuntu-10.04/ $ ./install.sh


menarik!
mac4lin mcm x compatible dgn ubuntu yg baru2..
cuba macbuntu pulak..
tak ubah pun. dah install guna terminal dah. apa masalah ek?
erk… aku buat tak jadi plak ah
dah jadi.. dah pasang kat TenTen.. w0ot~
Pengalaman guna Sistem Operasi Ubuntu…
Hingga hari ni, rasanya dah sebulan aku menggunakan sistem operasi Ubuntu dengan sepenuhnya (sebelum ni dual-boot). Semuanya gara-gara hard disk laptop yang bermasalah. Godek punya godek, repair punya repair, akhirnya Windows corrupt! Bila nak reinstal…
klau da install, nk remove guna command ape?
nak remove yer, no problem ok gini
$sudo gedit /boot/grub/grub.cfg
dalam tu chek tukaq 2 benda je
1. tukar default 0 kepada 4 atau pepe nombor yang boot ke windows cheq. contohnya jika masa grub 10second tu cheq tekan arrow down bong 3 kali dan enter or arrow kiri untuk memasuki windows chek MAKA….; tukarlah default tu dari kosong ke 3 default=3
2. tukarlak delaytime tu dari 10 kepada kosong delay=0 so timer dia dah takde lagi dan komputer straight masuk windows.
hahaha gitu laah cara nak remove dia Actually bukan remove pun just hide je ahakss
bye