Salah satu distro popular yang berasaskan Ubuntu adalah Sabily, dan kini, pihak pembangun Sabily sudah pun mengumumkan nama bagi versi akan datang sistem operasi mereka, iaitu Sabily 10.10 yang dikenali sebagai Al-Quds. Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Sabily Al-Quds akan menemui para pengguna, memandangkan Ubuntu 10.10 dijangka akan dilepaskan pada 10 Oktober kelak.
Pemilihan nama untuk Sabily 10.10 telah dilakukan melalui undian, dimana antara nama-nama lain yang turut dicadangkan bersama adalah Madinah, Makkah, Othmani, serta cadangan untuk menggunakan nama-nama secara berturutan (Badr, Ohod, Yarmuk dan seterusnya).
Sabily kelak dijangka akan menggunakan kernel Linux 2.6.35.3, GNOME 2.32, serta bakal membawa beberapa aplikasi baru yang mana menyumbang kepada komuniti Islam seluruh dunia.


ok cun!