Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan, kini Ubuntu 10.10 sudah pun sedia untuk dimuat-turun, sekaligus memperlihatkan yang mana pihak pembangunnya, Canonical sudah menghampiri fasa-fasa terakhir sebelum Ubuntu 10.10 dilepaskan kepada umum pada Oktober 10 kelak.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Ubuntu 10.10 Beta ini membawakan wallpaper dan juga tema yang diperkemaskini, bersama-sama dengan installer yang baru. Ubuntu 10.10 Beta turut sama membawakan beberapa aplikasi yang diperkemaskini, termasuk GNOME 2.32 Beta 1 sebagai persekitaran desktop utama, Mozilla Firefox 3.6.9, dan kernel Linux 2.6.35.3.
Pada masa yang sama, kini Ubuntu Software Center turut membolehkan para pengguna membeli aplikasi secara terus disamping memuat-turun aplikasi percuma dengan mudah. Ubuntu 10.10 Beta turut memperlihatkan aplikasi pengurusan imej yang baru, Shotwell.

Ubuntu Software Center Yang Baru
Selepas ini, fasa seterusnya merupakan Ubuntu 10.10 RC pada 30 September 2010, sebelum versi akhirnya dilepaskan kepada pengguna seluruh dunia menjelang 10 Oktober 2010.



Tiada Komen