Oracle Melancarkan OpenOffice 3.3 Dan Cloud Office 1.0

Oracle yang telah mengambil Sun Microsystem, kini telah pun melancarkan OpenOffice 3.3, kemaskini kepada aplikasi pejabat yang dinantikan sekian lama. Pada masa yang sama juga, Oracle turut memperkenalkan aplikasi pejabat berasaskan perkomputeran awan, yang dikenali sebagai Oracle Cloud Office. Melalui Oracle Cloud Office, ianya membawakan sokongan melalui web dan juga pada perantian mudah-alih, sekaligus memudahkan pengurusan dan kolaborasi dalam dokumen.

LibreOffice 3.3 RC1 Sedia Di Muat-Turun

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya aplikasi pejabat yang kini bakal mengantikan OpenOffice, iaitu LibreOffice telah pun mencapai fasa Release Candidae pertama, dan para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turun LibreOffice 3.3 RC1. Masih banyak lagi perkara dan pepijat yang masih belum diselesaikan sepenuhnya, dan dijangka akan sedia untuk penggunaan semua pengguna pada versi akhirnya kelak.

Klien Ubuntu One Untuk Windows Kini Dalam Peringkat Beta

Setelah sekian lama dirancang, kini pihak pembangun Ubuntu telah pun memperkenalkan klien Windows untuk perkhidmatan dalam talian mereka, iaitu Ubuntu One. Buat masa ini, klien Windows untuk Ubuntu One adalah masih lagi dalam peringkat beta, dan para pengguna yang ingin mengujinya perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai penguji, sebelum boleh memuat-turunnya.