Ubuntu 11.04 Di Kenali Sebagai Natty Narwhal

Seperti kebiasaannya, Mark Shuttleworth, bapa kepada sistem operasi Ubuntu telah pun mengumumkan secara rasminya nama bagi versi baru Ubuntu yang bakal dilepaskan pada 28 April 2011, iaitu Ubuntu 11.04 – Natty Narwhal.

Untuk Natty Narwhal kelak, sistem operasi sumber terbuka yang paling popular ini bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk persekitaran desktop GNOME 3.0 yang dinantikan sekian lama oleh para pengguna Linux.

Ubuntu 11.04 kelak akan menjadi versi Ubuntu yang ke-14, dan dijangka akan dilepaskan pada 28 April 2011 kelak. Segala fungsi yang bakal dibawakan Ubuntu 11.04 masih lagi belum diumumkan, memandangkan para pembangunnya sedang giat membangunkan Ubuntu 10.10 yang bakal dilepaskan pada bulan Oktober ini.