Selain daripada majalah Edaran Sabily keluaran kumpulan Sabily Malaysia, kini pembangun JomLinux turut sama memperkenalkan majalah mereka tersendiri yang mana lebih ditujukan kepada keseluruhan industri sumber terbuka. Majalah yang dinamakan sebagai Sumbu itu kini boleh dimuat-turun, dan ianya dijangka akan dilepaskan setiap bulan selepas ini.
Seperti sedia maklum, Ubuntu 11.04 kelak bakal membawakan pelbagai baru, dan salah satu fungsi baru yang amat menarik sekali adalah kebolehan untuk menguji sesuatu aplikasi dan perisian itu tanpa perlu anda memasangnya terlebih dahulu pada sistem operasi anda. Para pengguna Ubuntu juga turut sama boleh menguji fungsi ini sekarang dengan memasang sebuah pakej yang dipanggil sebagai QTNX.
Setelah lebih daripada lapan bulan dibangunkan, akhirnya kini pihak pembangun pelayar web sumber terbuka paling popular, Mozilla telah pun secara rasminya melancarkan Firefox 4.0, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk dari segi antaramuka, dan tambahan beberapa fungsi baru, yang menjadikan pelayaran web anda lebih menarik dan pantas berbanding sebelumnya.
Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat Chromium pada peranti mudah-alih seperti tablet, dan juga telefon pintar, memandangkan kini, melalui versi pembangunan Chromium, kita dapat melihat halaman tab baru yang mana dioptimasikan khas untuk pengguna skrin sentuh. Halaman tab baru yang dioptimasikan ini dapat dilihat pada versi pembangunan Chromium terkini.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Majalah Sabily telah pun dilancarkan secara rasminya, dimana kini semua boleh memuat-turun majalah tersebut yang mana dipenuhi dengan pelbagai informasi berguna berkaitan dengan perisian dan sistem operasi sumber terbuka, termasuk tips-tips berguna dan juga ruangan soal-jawab berkaitan Linux dan Sabily.







