Setelah sekian lama Linux dibangunkan, hari ini Linus Torvalds, telah pun mengeluarkan versi pembangunan Linux 3.0, iaitu RC1. Dengan pelepasan kernel Linux 3.0 RC1, ianya sekaligus membawakan fasa baru dalam pembangunan sistem operasi sumber terbuka kepada semua. Dengan kernel Linux 3.0 ini, ianya terus membawakan dekad ketiga pengenalan kernel Linux kepada sesuatu yang lebih menarik lagi.
Pada 24 Mei yang lepas, pembangun Fedora telah pun melepaskan generasi baru sistem operasi mereka, iaitu Fedora 15 Lovelock. Menariknya mengenai Fedora 15 adalah dimana ianya merupakan distro Linux popular pertama yang menggunakan persekitaran desktop GNOME 3 padanya, selain mana turut membawakan sistem fail BTRFS. Lovelock turut sama membawakan kernel Linux 2.6.38.6 serta pelbagai aplikasi sumber terbuka yang terkini bersama-sama dengannya.
Nampaknya, sepanjang tahun ini, komuniti sumber tempatan akan terus meriah dengan pelbagai perkara baru. Selepas Oshirix, simpleLinux, FiMOS dan lain-lain, kini yang terbaru dalam pembangunan adalah Yuze, yang mana bakal dilancarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, mereka masih lagi dalam proses mempelajari dan juga membangunkan sistem operasi tersebut, dan tarikh pasti pelancarannya masih lagi tidak diketahui.
Setelah beberapa versi pembangunan, kini Linux Mint 11 versi akhir telah pun dilepaskan kepada umum, dan sudah boleh dimuat-turun oleh semua pengguna secara percuma. Sama seperti versi-versi sebelum ini, Linux Mint 11 “Katya” ini dibangunkan berasaskan sistem operasi popular Ubuntu 11.04 Natty Narwhal yang dilepaskan sebelum ini.
Miro, salah satu pemain media yang popular kini telah pun mencapai versi 4.0, yang mana melalui versi baru ini, ianya menambah sokongan untuk menghantar dan menerima fail media daripada Miro pada desktop kepada beberapa peranti mudah-alih yang lain seperti Android lebih mudah. Secara ringkasnya, ianya membawakan kebolehan sync dengan lebih pantas dan juga mudah.





