Mozilla Melancarkan Firefox 5 Beta Untuk Desktop Dan Android

Dengan latar masa pembangunan yang serba baru dan lebih pantas, kini Mozilla telah pun mengeluarkan beta pertama untuk pelayar web generasi akan datang mereka, iaitu Firefox 5 Beta untuk desktop, dan juga Firefox Mobile 5 Beta untuk pengguna Android. Dengan pelancaran versi beta ini, ianya masih lagi mengikut perancangan pembangunan Mozilla, dan mungkin kita akan dapat melihat Firefox 5 pada bulan hadapan kelak, dan seterusnya Firefox 6 dalam masa enam minggu atau kurang selepas itu.

Canonical Mensasarkan Lebih 200 Juta Pengguna Ubuntu Menjelang 2015

Dari hari ke hari, semakin ramai yang mengenali Ubuntu, dan kini Mark Shuttleworth mengumumkan di Ubuntu Developer Summit yang mana Canonical mensasarkan untuk mencapai lebih daripada 200 juta orang pengguna Ubuntu menjelang tahun 2015 kelak, sekaligus memberikan masa lebih kurang 4 tahun untuk mencapai angka tersebut.

Sabily Al-Badr Membawa Antaramuka Unity Seperti Ubuntu

Setelah Ubuntu 11.04 dilancarkan pada minggu lepas, kini pihak pembangun Sabily telah pun melepaskan kemaskini terkini untuk sistem operasi mereka, iaitu Sabily 11.04. Seperti diperkatakan sebelum ini, Sabily 11.04 membawakan nama kod Al-Badr, dan dibangunkan berasaskan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Menariknya, adalah ianya juga turut sama membawakan antaramuka Unity, sama seperti pada Ubuntu.