Majalah digital Sumber Terbuka atau Sumbu edisi keempat kini telah pun dilepaskan kepada umum. Majalah yang dihasilkan di dalam format PDF ini merupakan wadah daripada pihak Jom Linux bagi memperkenalkan apa itu Perisian Sumber Terbuka kepada seluruh warga Malaysia dan membina rakyat yang celik IT. Melalui edisi ke-empat ini, mereka terus membawakan pelbagai lagi perkara menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakyat tempatan.
Nampaknya, dalam sistem operasi Fedora generasi akan datang, iaitu Fedora 16 “Verne”, ianya akan menggunakan sistem fail Linux generasi akan datang, iaitu BTRFS. Untuk makluman, sistem fail Btrfs ini telah dibangunkan sejak dua tahun yang lepas, namun masih dilabelkan sebagai eksperimental sehingga kini. Walaubagaimanapun, ianya masih akan didatangkan dengan sokongan Ext4 seperti mana yang digunakan sekarang.
Selain daripada netbook yang diintegrasikan bersama-sama panel solar, Samsung juga bakal melancarkan salah satu netbook khas menggunakan sistem operasi MeeGo, pada kadar yang amat murah sekali, sekaligus membolehkan semua pengguna mendapatkannya. Netbook MeeGo daripada Samsung ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Ogos kelak, dan harganya dijangka adalah dibawah RM1000.
Akhirnya, pihak pembangun Ubuntu telah pun mengeluarkan versi pembangunan pertama untuk versi sistem operasi Ubuntu akan datang, Oneiric Ocelot. Dengan pelepasan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot Alpha 1 ini, ianya kini tinggal hanya dua alpha dan dua lagi versi beta, sebelum versi akhir Oneiric Ocelot dilepaskan pada 13 Oktober 2011 kelak.
Setelah pelbagai perkara dihadapi oleh komuniti OpenOffice, sehingga membuka LibreOffice, kini Oracle mencadangkan agar aplikasi pejabat popular itu menjadi salah satu projek dibawah Apache Software Foundation. Ianya diperkatakan yang mana Oracle ingin OpenOffice.org menjadi perisian pejabat yang diuruskan oleh komuniti kembali.






