Bersempena dengan ulang-tahun ke-20 Linux, Microsoft telah pun menghadiahkan sebuah video khas untuk mereka, dengan ucapan tahniah kepada pembangun sistem operasi sumber terbuka itu. Melalui video ringkas itu juga, ianya memperlihatkan kisah-kisah berkaitan Microsoft dan juga Linux, dan berakhir dengan ucapan Selamat Hari Lahir.
Semua sedia maklum bahawa antara distro Linux popular dipasaran adalah Ubuntu, Fedora, Mandriva, LinuxMint, CentOS dan beberapa lagi. Namun tahukah anda mengenai bilangan distro Linux yang terdapat di pasaran sekarang ini? Melalui sebuah gambar rajah ringkas, ianya diperlihatkan yang mana kini terdapat lebih daripada 370 variasi distro Linux berbeza, dan masih aktif sehingga hari ini.
Nampaknya, selain daripada Samsung yang bakal memperkenalkan peranti MeeGo mereka kepada para pengguna tempatan pada bulan Ogos kelak, kini Asus turut sama akan memperkenalkan EeePC yang menggunakan MeeGo kepada para pengguna Malaysia pada minggu depan, dan akan membawakan tanda harga sebanyak RM799.
Kini, pembangunan Ubuntu generasi seterusnya mencapai fasa baru, dimana Ubuntu 11.10 Alpha 2 sudah pun boleh dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia, membawakan kemaskini kernel, dimana ianya menggunakan kernel Linux 3.0 yang masih lagi dalam pembangunan, sekaligus membawakan sokongan kepada pelbagai perkakasan dan menambah-baik sokongan untuk perkakasan sedia ada.
Gen Kanai daripada Mozilla bakal mengadakan sebuah perjumpaan khas pada minggu hadapan di Malaysia, dimana bakal membincangkan berkaitan dengan memulakan komuniti Mozilla di Malaysia. Perjumpaan tersebut yang bakal diadakan pada 6 Julai 2011 di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, dan para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan minat dihalaman rasmi yang disediakan oleh beliau.






