Salah satu sistem operasi Linux yang menarik adalah yang berasaskan BSD, dan terkini pihak pembangun OpenBSD telah pun mengumumkan pelancaran OpenBSD 5.0 kepada umum, yang mana membawakan pelbagai perubahan kepada sistem operasi percuma BSD berasaskan UNIX itu. Pada masa yang sama, ia juga membawakan beberapa kemaskini pada prestasi dan juga sokongan perkakasan padanya.
Melalui OpenBSD 5.0, ia membawakan persekitaran desktop GNOME 2.32.2, KDE 3.5.10 dan juga Xfce 4.8.0 padanya, serta beberapa kemaskini perisian dimana menggunakan versi terkini pelayar web Firefox, LibreOffice dan juga turut didatangkan bersama-sama dengan pelayar web sumber terbuka Chromium 12. OpenBSD 5.0 turut sama membawakan sokongan sekuriti yang dipertingkatkan, dan juga menambah pelbagai sokongan baru untuk perkakasan komputer.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun OpenBSD 5.0 secara percuma terus daripada halaman rasmi OpenBSD hari ini.


Tiada Komen