Ignite – Permainan Perlumbaan Kereta Untuk Linux Bakal Dilancarkan

Permainan menarik yang dibangunkan khas untuk Linux masih lagi sedikit. Namun, dalam tahun-tahun akan datang, ia mungkin berubah, dimana salah satu permainan yang dinantikan oleh para pengguna Linux adalah Ignite, iaitu permainan lumba kereta yang masih lagi dalam pembangunan dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Melalui Ignite, ia membawakan rekabentuk dan grafik yang amat menarik sekali, dengan diperkatakan setiap perlumbaan pada Ignite adalah berbeza-beza dan membawakan sesuatu yang baru bersama dengannya untuk pemain menang dalam perlumbaan.

Walaupun ia membawakan konsep yang ringkas, setelah ia dilancarkan untuk platform Linux kelak, ia bakal menjadi permainan perlumbaan untuk Linux paling menarik, dan tidak mustahil lebih banyak permainan akan dibangunkan untuk platform Linux selepas itu.

Sementara itu, bagi mereka yang meminati permainan dan ingin mencubanya pada platform Linux, mungkin anda boleh mendapatkan Desura, dan memasang pelbagai permainanan melaluinya.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen