Samsung Bakal Melancarkan Netbook MeeGo Di Malaysia

Selain daripada netbook yang diintegrasikan bersama-sama panel solar, Samsung juga bakal melancarkan salah satu netbook khas menggunakan sistem operasi MeeGo, pada kadar yang amat murah sekali, sekaligus membolehkan semua pengguna mendapatkannya. Netbook MeeGo daripada Samsung ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Ogos kelak, dan harganya dijangka adalah dibawah RM1000.


Netbook MeeGo Dari Samsung [via]

Seperti sedia maklum, MeeGo merupakan gabungan daripada Moblin dan Maemo daripada Nokia dan Intel. Nokia sendiri dijangka bakal memperkenalkan peranti MeeGo mereka tidak lama lagi. MeeGo juga boleh dimuat-turun oleh semua, dan diuji pada peranti mereka. Buat masa ini, versi stabil MeeGo telah pun mencapai versi 1.2.

Kelak dalam minggu akan datang, kami akan membuat sedikit ulasan ringkas berkaitan netbook baru daripada Samsung ini, dan tidak ketinggalan juga ulasan ringkas sistem operasi MeeGo ini. Sama-sama nantikannya.